Tidak ada sebab Malaysia runding dengan Filipina isu Sabah
Iklan
Hishammuddin
KOTA KINABALU - Berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah bermakna Malaysia mengakui bahawa tuntutan itu mempunyai asas, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Justeru, beliau berkata, tiada sebab untuk Malaysia berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah kerana negara ini tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.
Iklan
Iklan
"Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya.
"Perlu difahami, tuntutan Filipina (ke atas Sabah) bukan sahaja tidak berasas malah langsung tidak relevan. Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut," menurutnya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Tuntutan Filipina terhadap Sabah tidak perlu dilayan'
Iklan
Jangan beri Filipina laluan untuk rampas Sabah
Sabah milik Malaysia selama-lamanya
Iklan
Hishammuddin berkata, pendirian kerajaan Malaysia tetap kukuh iaitu tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>