MELAKA TENGAH - Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) hari ini membincangkan impak larangan merentas sempadan antarabangsa kepada ekonomi negara dan rakyat serta strategi dan langkah yang perlu diambil bagi menanganinya berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
MTE Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pada mesyuarat MTE yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah hotel di Banda Hilir pagi tadi, satu kertas bertajuk ‘Balancing Lives and Livelihoods - The Economic Impact of Business Travel Restrictions’ dibentangkan.