Pas Kelantan kekal status quo kerusi PRU15

Iklan
Ahmad ketika ditemui pemberita selepas Majlis Solat Hajat Pemindahan Bersejarah Masjid Kampung Laut di Nilam Puri hari ini.

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengekalkan status quo dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Muafakat Nasional (MN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam rundingan antara tiga parti berkenaan sehingga PRU15 benar-benar diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

"Setakat ini status quo, tapi perundingan itu sedang berlangsung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Solat Hajat Pemindahan Bersejarah Masjid Kampung Laut di Nilam Puri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara tradisi mahu mengekalkan kerusi parti itu di Kelantan dan Terengganu manakala mahu mendominasi kerajaan di Kedah.

Iklan

Semalam, Muktamar Tahunan Pas ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa selesai dengan lapan usul diluluskan.

Pas bersedia berdepan PRU15 namun perbincangan kerusi antara sekutu Perikatan Nasional (PN) belum dimuktamadkan.

Iklan

Untuk rekod, Pas mewakili 37 kerusi DUN Kelantan, tujuh UMNO manakala satu Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas siap sedia hadapi PRU15

Pas mungkin hanya dapat 28 kerusi Parlimen