Pelakon '7 Hari Mencintaiku' Idris Mat Diah meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Idris Mat Diah

PELAKON veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku' meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita kematian Idris, 61, disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Hafiz berkata, jenazah Allahyarham kini dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kepong sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.

"Anak arwah juga memaklumkan jika arwah ada berhutang pada sesiapa beliau memohon agar menghubungi pihak waris,” katanya menambah Seniman Malaysia turut mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Iklan
Iklan

Selain drama 7 Hari Mencintaiku', Allahyarham juga pernah muncul dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. - Bernama