ISKANDAR PUTERI - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menasihati bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung tindak tanduknya sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Perkara tersebut diakui sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu ketika ditanya sama ada Muhyiddin yang juga perdana menteri, ada menyatakan sesuatu kepada beliau mengenai tindakannya menghadiri program Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Slim, Perak, bulan lepas.