Bukan mudah PH tunaikan janji dalam masa terdekat
Iklan
Aminuddin (tengah) pada sidang media, semalam.
SEREMBAN - Kekalahan PH di Cameron Highlands tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras kononnya rakyat sudah muak dengan parti itu kerana didakwa gagal melaksanakan manifesto PRU14.
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bukan mudah untuk Kerajaan PH menunaikan segala janji dalam tempoh terdekat susulan kerosakan dilakukan kerajaan BN sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Memperbetulkan sistem yang rosak itu bukan boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan, dua bulan atau setahun kerana ia melibatkan sikap, pemikiran dan tanggungjawab pada rakyat.
"Apa yang kerajaan PH cuba lakukan sekarang adalah memperbetulkan semuanya dan selepas itu rakyat bolehlah menilai,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, di sini, semalam.
Iklan
Dalam pada itu, beliau menggesa PH supaya melakukan bedah siasat untuk kenal pasti kelemahan yang menyebabkan kekalahan dalam PRK Parlimen Cameron Highlands, kelmarin.
"Penilaian secara menyeluruh perlu dilakukan supaya PH lebih berhati-hati pada PRK Dun Semenyih dan Rantau,”katanya.
Iklan
Kelmarin, calon BN Ramli Mohd Nor menang besar apabila menewaskan calon PH, M Manogaran dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib serta Wong Seng Yee.
Beliau berjaya meraih 12,038 undi dengan majoriti 3,328.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.