Pas jangan jadi kerbau dimakan buaya, pesan Husam
Iklan
Husam Musa
KOTA BHARU – Pas dan Umno perlu memastikan hubungan kerjasama politik yang terjalin ketika ini tidak menjadi seperti kerbau yang menyelamatkan buaya tersepit.
Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berkata, melihat kepada kerjasama yang terjalin kini, ia telah membuktikan semua dakwaannya sebelum ini tidak pernah silap.
Iklan
Iklan
"Saya sebenarnya gembira kerana selama ini saya telah dituduh memfitnah adanya kerjasama Pas dengan Umno. Dan saya dipecat pun kerana mendakwa adanya hubungan tersebut.
"Hari ini hubungan kerjasama Pas dan Umno bukan lagi rahsia dan kita melihat adanya video yang memaparkan pengundi tegar Pas bergembira dapat mengundi dacing (BN).
Iklan
Iklan
"Jadi apa yang saya sebut selama ini adalah benar dan hari ini dia menjadi realiti. Cuma jangan sampai jadi kerbau menyelamatkan buaya yang tersepit. Kerbau selamatkan buaya yang tersepit, akhirnya buaya makan kerbau tersebut,” katanya kepada media dalam satu Majlis Ramah Mesra di sini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>