Mohd Shafie selesai serah borang pencalonan

Iklan
Mohd Shafie (dua dari kanan) menyerahkan borang pencalonannya di Dewan Masyarakat Semporna pagi tadi.

SEMPORNA - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selesai menyerahkan borang pencalonannya di Dewan Masyarakat Semporna pada jam 9.15 pagi tadi.

Beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September depan.

Iklan
Iklan
Mohd Shafie (dua dari kiri) menyerahkan borang penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna pagi tadi.

Mohd Shafie diiring dua pencadang dan penyokong ketika mengemukakan borang pencalonan.

Dalam pada itu, Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong turut menyerahkan borang bagi mempertahankan kerusi DUN Sulabayan.

Iklan

Selain itu, calon Warisan bagi kerusi Bugaya, Manis Buka Mohd Darah turut selesai menyerahkan borang pencalonan beliau.