Pemuda Pas tetapkan perwakilan tiga negeri tidak hadiri muktamar

Iklan
Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat menetapkan bahawa perwakilan Pemuda Pas kawasan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis tidak menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali ke-61.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia selepas mengambil maklum ketetapan baharu dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran yang dikuatkuasakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, perwakilan kawasan yang terkesan boleh mengikutinya secara atas talian.

"Keputusan dibuat rentetan peningkatan kes positif yang tinggi di wilayah utara selain ketetapan PKPD Secara Pentadbiran yang baru dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perintah ini akan dikuatkuasakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah bermula 12.01 tengah malam 11 September sehingga 25 September depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Semalam, Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD itu dilakukan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas mengambil kira peningkatan kes Kluster Sungai dan Telaga di daerah itu.

Justeru, Khairil Nizam meminta rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan