Bekas tokoh DAP meninggal dunia
Iklan
Allahyarham Zulkifli Mohd Noor
GEORGETOWN - Bekas Naib Presiden Kebangsaan DAP, Zulkifli Mohd Noor meninggal dunia kerana masalah jantung pada jam 1 pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah selepas beberapa hari dirawat di hospital tersebut.
Iklan
Iklan
Beliau yang senang disapa sebagai Abang Zul meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.
Zulkifli yang berusia 71 tahun adalah antara tokoh Melayu terkenal di dalam DAP dan antara pengasas parti berkenaan.
Iklan
Allahyarham mengisytiharkan keluar DAP pada 26 Oktober 2013 setelah 26 tahun menjadi ahli kerana kecewa dengan pucuk pimpinan terutamanya dalam pemilihan parti pada tahun yang sama.
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Alternatif Rakyat (PAP) yang mana beliau bertindak sebagai presiden parti itu bersama Rahmad Isahak.
Iklan
Namun, akibat masalah dalaman, Allahyarham dan Rahmad bertindak keluar parti baharu itu pada tahun lalu.
Kecewa dengan dunia politik negara, beliau juga mengisytihar untuk bersara dari politik.
Difahamkan, jenazah Zulkifli akan dibawa pulang ke kampungnya di Taman Sahabat, Jalan Gertak Sanggul untuk dikebumikan pagi ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>