England larang perhimpunan sosial lebih enam orang
Iklan
LONDON - Perdana Menteri Britain Boris Johnson akan mengumumkan larangan perhimpunan sosial melebihi enam orang di England bagi mencegah penularan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.
Langkah terbaharu mengurangkan jumlah maksimum perhimpunan sosial daripada 30 kepada enam individu sama ada di dalam mahupun di luar bangunan termasuk kediaman peribadi, taman, pub dan restoran yang dirancang bermula Isnin 14 September, menurut laporan media tempatan pada Rabu.