Meriam, mortar berusia lebih 200 tahun ditemukan di Kota Cornwallis
Iklan
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melihat meriam dan mortar zaman penjajahan British yang ditemui oleh penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia pada Jumaat lepas semasa kerja-kerja pemuliharaan di Tapak Fort Cornwalis Padang Kota Lama hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Selaras meriam dan selaras mortar ditemukan semasa kerja-kerja ekskavasi dijalankan pada struktur pertahanan luar dan terusan yang mengelilingi Kota Cornwallis, di sini bakal melengkapkan data sejarah awal mengenai kota lama itu.
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata, kerja-kerja ekskavasi pada Jumaat lalu di tapak berkenaan dilakukan 12 penyelidik telah menemukan selaras meriam dan selaras mortar yang berusia lebih 200 tahun.
Iklan
Iklan
"Penemuan meriam dan mortar ini ada bersebelah satu sama lain dan akan dihantar ke USM untuk pemuliharaan dan analisis selanjutnya.
"Hasil penemuan meriam dan mortar ini bakal melengkapkan data sejarah awal di Kota Cornwallis dibina oleh British dan diduduki oleh Jepun,” katanya kepada selepas lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini, hari ini.
Iklan
Menurutnya, mengikut rekod sejarah awal Pulau Pinang, tapak Kota Cornwallis mempunyai lebih 100 meriam dan kira-kira 10 mortar yang masih tertanam di bawah tanah.
"Kerja-kerja ekskavasi yang bermula hujung tahun lepas akan diteruskan sehingga November tahun ini bagi membersihkan tempat ini untuk menempatkan satu galeri sejarah,” katanya.
Iklan
Mokhtar berkata, USM mendapat geran RM49,000 daripada kerajaan negeri bagi menjalankan kerja-kerja ekskavasi di tapak itu selama setahun.
"Kerja-kerja ekskavasi diluluskan Jabatan Warisan Negara dan ia sebahagian daripada usaha untuk memulihkan pertahanan dalam bentuk terusan yang mengelilingi kota berusia 232 tahun ini. Terusan telah dikambus pada 1922,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>