Dua lelaki ditahan bawa daun ketum
Iklan
ketum
KAPAR – Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas daun ketum seberat 75 kilogram di Jalan Lintang Kapar Setia 4, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek berusia 25 dan 53 tahun itu ditahan ketika membawa daun ketum bernilai RM1,200 di dalam kereta Proton Saga.
Iklan
Iklan
Katanya, hasil pemeriksaan menemui 15 bungkus plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki daun ketum di dalam bonet dan tempat duduk penumpang belakang.
"Semasa rondaan anggota kereta peronda (MPV) cuba menahan senuah kereta jenis Proton Saga dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Iklan
"Anggota mengarahkan pemandu tersebut memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan, sebaliknya memecut laju.
"Tiba di Jalan Lintang Kapar Setia 4, anggota dapat menahan kereta tersebut dan hasil pemeriksaan menemui 15 bungkus plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki daun ketum,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>