Kylian Mbappe positif Covid-19

Iklan
Kylian Mbappe

ANKARA - Pemain bola sepak Perancis, Kylian Mbappe menarik diri daripada pasukan negara itu selepas diuji positif Covid-19, lapor Agensi Anadolu.

''Kylian Mbappe tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Croatia. Ujian Covid-19 - yang dilakukan UEFA pagi ini - didapati positif, dan dia kini dikuarantin, '' kata pasukan kebangsaan Perancis pada Isnin.

Iklan
Iklan

Perancis akan menentang Croatia untuk Liga Negara-Negara pada Selasa.

Mbappe, 21, bermain untuk pasukan Liga 1, Paris Saint-Germain dan sudah menghasilkan 90 jaringan dalam 124 perlawanan sejak 2017.- Bernama

Iklan
Iklan