Isteri MB Selangor bantu agih bantuan air

Iklan
Masdiana (tiga dari kiri) bersama Gunaraj membantu membuat agihan air kepada penduduk yang terjejas di Klang hari ini. Foto: FB ADUN SENTOSA

KLANG - Selepas kontroversi gambar yang dimuat naik dalam laman sosial sebelum ini, isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad turun padang mengagihkan bantuan air kepada penduduk di Pangsapuri Golden Villa di sini hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, G Gunaraj, penduduk di kawasan terlibat menerima agihan bekalan air dan air minuman sebagai meringankan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi penduduk sejak Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Pagi ini saya bersama Datin Seri Masdiana Muhamad memberi bantuan air minuman dan bekalan air mentah daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Pangsapuri Golden Villa.

"Terima kasih juga kepada Team Selangor yang memberi sumbangan makanan asas kepada penduduk," kata Gunaraj menerusi Facebook berkenaan.

Iklan

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila Masdiana memuat naik foto lori tangki Air Selangor berada di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dan ahli keluarganya sedang mandi di kolam renang di kediaman berkenaan.

Gambar yang menjadi tular itu mengundang rasa kurang senang netizen berikutan rakyat Selangor sedang berdepan krisis bekalan air.

Iklan

Susulan itu, Masdiana tampil membuat permohonan maaf berhubung tindakannya.

Menerusi kenyataannya, Masdiana mengakui kekhilafan memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa lori tangki dihantar untuk memenuhkan kolam renang di kediaman rasmi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN Isteri MB Selangor mohon maaf