X

Kindly register in order to view this article
!

'Zahid, jangan hanya manis di bibir'

Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan ucapan pada Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.  - Foto Bernama
Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan ucapan pada Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan hanya pandai berjanji manis di bibir.

Shahrizat berkata, Zahid harus menunaikan janjinya yang mahu 'berbisik' kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyasarkan lebih kurang 30 peratus pencalonan Wanita Umno menjelang PRU14 nanti.

"(Janji) Jangan hanya manis di bibir. Saya sudah lama dalam bidang ini. Selama ini saya sudah dengar pelbagai janji. 

"Datuk Seri (Ahmad Zahid) kata beliau akan bisik kepada Najib. Saya doa agar bisikan itu jadi kenyataan," katanya ketika berucap merasmikan himpunan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan 'membisikkan' kepada  Najib supaya menambah jumlah calon daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Jaminan itu disuarakan naib presiden Umno itu yang kini menjalankan tugas timbalan presiden, di hadapan perwakilan ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid janji 'bisik' tambah calon sayap Umno]


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!