X

Kindly register in order to view this article
!

Wujud rancangan halus pecah-belahkan Pas

Iskandar
Iskandar
A
A

SHAH ALAM - Ahli Pas perlu berhati-hati kerana kemungkinan perkembangan politik terkini adalah satu perancangan secara halus untuk memecahbelahkan Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar, tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah Pas akan bersatu dengan Umno atau Pas akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama parti itu.

Menurutnya, pimpinan Umno pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk 'meminang' Pas.

"Media-media yang selama ini memusuhi Pas atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan Pas telah menjadikan isu ini berita utama mereka. Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Iskandar berkata, mereka mendakwa, terdapat kumpulan yang menyokong perpaduan bersama Umno dan terdapat kumpulan yang menentang.

Tambahnya, ini dilakukan supaya agar ahli-ahli Pas bergaduh sesama sendiri.

"Maka ahli-ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini. Berhati-hati kerana 'political move' dari Umno ini mungkin terdapat 'udang di sebalik batu'.

"Umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!