X

Kindly register in order to view this article
!

N.Surendran
A
A

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, N.Surendran menyifatkan tindakan pemimpin Umno Sabah yang menyokong keputusan Kerajaan Negeri Sabah menghalang kemasukan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ke negeri itu sebagai tidak demokratik. Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa, sekatan itu dibuat ekoran kerisauan BN terhadap pengaruh PR ekoran kejayaan PKR menambah kerusi pada PRU13 pada 5 Mei lalu. "Agak aneh bagi seorang ahli parlimen tidak dibenarkan bergerak ke suatu kawasan dalam Persekutuan Malaysia. "Undang-undang itu jelas menentang Perlembagaan, tidak demokratik dan cara pemerintahan cara kuku besi," katanya kepada Sinar Harian Online. Semalam, Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengeluarkan kenyataan yang menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Sabah yang meminta Pengarah Jabatan Imigresen Sabah menghalang Nurul Izzah memasuki Sabah, Khamis lalu. Surendran juga mendakwa Kerajaan Negeri Sabah tidak boleh menerima kritikan atas kelemahan pentadbiran BN di negeri itu sekaligus menghalang hak kebebasan bersuara rakyat untuk menegur kepincangan yang wujud. Beliau tidak menolak kemungkinan satu tindakan undang-undang akan diambil Nurul Izzah bagi mencabar tindakan Kerajaan BN Sabah yang menyekat kebebasan seorang ahli parlimen masuk ke negeri itu tanpa menyatakan sebab dan alasan munasabah. "Jadi kita memandang serius dan saya percaya Nurul Izzah akan mengambil tindakan undang-undang," katanya lagi.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!