X

Kindly register in order to view this article
!

Umno P.Pinang sedia kerjasama dengan Pas

Zainal Abidin Osman
Zainal Abidin Osman
A
A

BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan Pas akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak. Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan. "Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan Pas mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam. "Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Turut hadir, Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!