X

Kindly register in order to view this article
!

Mohd Amar ketika ditemui media, hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyokong tindakan banyak pihak yang mahu Senator P Waytha Moorty meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mengelak lebih banyak masalah selepas ini.

Menurutnya, Pas melihat melalui tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perpaduan itu tidak melambangkan perpaduan dan hanya berat sebelah.

“Paling berat bagi saya ialah video yang tersebar, walau benda yang lama, kenyataan dalam video itu adalah serius… dan dia tidak tarik balik.

“Dengan respon itu pun dia masih mempertahankan,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Amar juga bersetuju kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menteri mengotakan janji-janji mereka dalam manifesto PRU lalu.

“Baguslah, Melayu ini ada pepatah, ‘haiwan pegang pada tali, manusia dipegang pada janji.’ Ramai yang mengundi PH ini kerana janji-janji yang diberikan walaupun janji itu bukan kitab suci tapi janji ini perlu dikotakan,” katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!