X

Kindly register in order to view this article
!

Tajul Urus Mat Zain
Tajul Urus Mat Zain
A
A

SHAH ALAM - Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'masih selamat' kerana sepegetahuan beliau setakat ini masih tiada tanda-tanda pertukaran kedudukan Menteri Besar Kedah yang baharu.

Tajul berkata, malah dalam mesyuarat-mesyuarat pimpinan Umno Kedah yang beliau hadiri hari ini, perbincangan mengenai kedudukan Mukhriz belum diputuskan sama ada masih kekal menjadi menteri besar esok dan pada masa mendatang.

"Belum sampai ke tahap itu lagi," demikian katanya ringkas kepada Sinar Online,  ketika ditanya tentang desas-desus mengenai Kedah bakal mendapat menteri besar yang baharu esok.

Menggulas lanjut, Tajul berkata buat masa kini, pentadbiran negeri Kedah masih dipimpin oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Pentadbiran macam biasa, masih tiada perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa akhbar hari ini yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu atau lusa ekoran prosedur pelantikan menggantikan Mukhriz dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.

Terdahulu sebuah portal Pro-BN MYKMU  melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini (esok)  apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Mukhriz.

Kisah pertukaran Mukhriz bermula apabila Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah‎ menerusi sidang akhbar di Alor Setar Rabu lalu, 'meletupkan' kisah lama yang terpendam bagi sesetengah pemimpin Umno Kedah yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Mukhriz.

Sehinggakan ramai yang menjangkakan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah, akan segera berakhir.

Namun setakat ini, kesudahan  polemik mengenai pertukaran Menteri Besar Kedah sukar dijangka, apa apa pun, kita sebagai rakyat hanya boleh menunggu dan melihat apa kesudahan drama politik negeri Jelapang Padi ini.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!