X

Kindly register in order to view this article
!

'Tuduhan Umno bagai menghina artis'

A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis. Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah. “Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu. "Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!