X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak perlu 'kalut' pemilihan parti

 Abdul Fatah Haron
Abdul Fatah Haron
A
A

RANTAU PANJANG – Ketika ini ramai membincangkan soal pemilihan Pas sehingga ada yang meletakkan nama calon bagi mencabar jawatan presiden yang disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan Pas, Jun ini. Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron berkata, ahli Pas tidak sepatutnya kalut untuk mengeluarkan kenyataan kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan. “Mengapa perlu kalut sedangkan pemilihan ini adalah perkara biasa, malah mereka diberi hak dan undian secara adil. “Saya lihat, pemilihan tahun 2013 lalu tidak segamat ini tetapi mungkin berkisar isu besar dahulu, sehingga ada timbul nama-nama calon bagi menyemarakkan lagi suasana pemilihan kali ini,” katanya. Abdul Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, pengumuman nama calon itu mungkin digunakan untuk meraih sokongan daripada pihak lain. Berbeza dengan Pas Rantau Panjang beliau berkata, mesyuarat Pas kawasan hanya akan mengadakan Mei ini kerana tidak mahu terjebak dalam kekalutan isu nama calon sebelum tarikh akhir berlangsung. Menurutnya, mereka akan mengundi sepertimana kawasan lain, namun biarlah pencalonan ini dirahsiakan sehingga pemilihan itu diadakan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!