X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A

KAJANG - Tindakan tegas akan diambil terhadap seorang pemimpin Umno bahagian yang menyebarkan klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program tertutup baru-baru ini. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, timbalan ketua Umno bahagian itu mendakwa beliau menyebarkan klip video tersebut untuk anggota jawatankuasa bahagiannya dan juga kumpulan Telegram (aplikasi chatting) timbalan-timbalan ketua Umno bahagian di seluruh negara.      “Saya telah menghubungi beliau dan beliau telah minta maaf. Saya pun jawab tiada maaf bagimu. Kesalahan telah dilakukan. Dia perlu menanggung akibatnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di mini stadium Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.      Ahmad Zahid berkata timbalan ketua Umno bahagian itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk tindakan selanjutnya.      Semalam, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim berkata, perbuatan individu yang menyebarkan klip video berdurasi tujuh minit itu sesuatu yang tidak boleh diterima kerana telah menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan ramai.      Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kandungan video itu sebenarnya jelas kenyataan Muhyiddin untuk mempertahankan Presiden dan parti dan tidak benar ada dakwaan yang mengatakan ia boleh membawa perpecahan dalam Umno. – Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!