X

Kindly register in order to view this article
!

Tetap teruskan khidmat walaupun dikritik

Datuk Seri Noh Omar
A
A

TANJONG KARANG - Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar tetap meneruskan khidmatnya memimpin Umno Selangor selepas diberi mandat penuh presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun mendapat kritikan banyak pihak. Noh menegaskan, pihaknya mengamalkan sikap keterbukaan dan tidak menghalang sekiranya presiden parti mahu menukar pimpinan bagi memantapkan lagi transformasi Umno Selangor. “Hasil pertemuan empat mata dengan presiden parti pada 18 November lalu, saya dengan ikhlas berbincang dan tiada halangan jika parti mahu tukar pucuk pimpinan. “Bagi saya, Noh Omar tak penting sebab yang paling utama adalah Umno Selangor. “Tapi saya berterima kasih kepada presiden parti apabila masih memberi mandat supaya saya terus memimpin Umno Selangor dan setiap prestasi akan dinilai dari masa ke semasa. “Beliau turut memberi beberapa garis panduan supaya beri tumpuan lebih kepada anak muda dan giatkan lagi gerak kerja parti. “Semua garis panduan itu sememangnya sudah ada dalam perancangan sebab kita ada indeks petunjuk prestasi (KPI),” katanya. Noh juga mahu membawa budaya kerja Umno Bahagian Tanjong Karang ke Umno Selangor. “Saya dah jumpa semua bahagian dan turun berdialog bersama pemimpin akar umbi di 19 bahagian selain beri tahu mengenai budaya kerja Umno Tanjong Karang yang boleh dijadikan contoh. “Saya percaya sekiranya budaya kerja yang diamalkan di Tanjong Karang boleh diterima, saya yakin Umno Selangor akan jadi kuat. “Bukan mudah nak jadi pembangkang, sebab itu saya sentiasa terbuka,” katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus