X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
A
A

KUALA TERENGGANU - Program Pas: Parti Ajaran Sesat (P:Pas) yang bermula di Terengganu kelmarin akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Dipetik Bernama, program P:Pas secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur  tidak lama lagi.

"Program P:Pas tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni," kata beliau selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini, semalam.

Kelmarin, program P:Pas anjuran Umno Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dirasakan boleh menjejaskan akidah umat Islam.  


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!