X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya ada hak tandatangan Deklarasi Kelantan'

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan bahawa beliau mempunyai hak untuk menandatangani Deklarasi Kelantan yang dilancarkan pada Khamis lalu.

Menurut beliau, dokumen berkenaan merupakan dokumen biasa yang dihasilkan oleh mana-mana persatuan atau parti politik di negara ini.

"Sebenarnya saya tidak pernah berada dalam mana-mana gerakan yang boleh menyalahkan saya ekoran daripada menandatangani deklarasi itu. Saya sebagai ahli Umno, jadi saya ada hak utk tanda tangan," katanya ketika sidang media yang berlangsung di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh bersama beberapa pemimpin Umno dan BN Kelantan menandatangani satu deklarasi bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan yang mengatakan beliau merupakan seorang yang berpaling tadah, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa pihaknya hadir ke sidang media Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed sebelum ini adalah berikutan jemputan yang diberikan kepadanya.

"Saya dijemput dan sanggup hadir kerana saya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menahan Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

"Jadi yang lain-lain saya tak ada bagi sokongan dan tak bersetuju dengan tindakan mereka," katanya.  


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!