X

Kindly register in order to view this article
!

RUU 355: NGO desak Tiong Lai tarik balik kenyataan

RUU355
RUU355
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Ummah Prihatin Pahang kecewa dan kesal dengan kenyataan penentangan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkaitan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) @ Akta 355.

Pengerusinya, Shamsuddin Moner al-Askari mengemukan tuntutan kepada Tiong Lai dan mendesak beliau menarik balik kenyataan tersebut.

“Kami mendesak agar Tiong Lai menarik semula kenyataan menentang usul pindaan RUU 355 serta cabarannya terhadap Ahli Parlimen Islam yang menyokong RUU 355 dan mengugut akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika RUU 355 diluluskan di parlimen.

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA tak tentang RUU 355 tapi...]

“Sekiranya beliau tidak menarik semula dan enggan memohon maaf kepada umat Islam maka kami mendesak agar Tiong Lai meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet tanpa menunggu pembentangan usul bacaan pertama pada sesi sidang parlimen tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan dilaporkan berkata, MCA akan membantah RUU itu kerana disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau juga berkata, masyarakat Cina amat terganggu dengan RUU itu yang dilihat akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman jenayah hudud untuk kesalahan Islam.

Mengulas lanjut, Shamsuddin menegaskan, jika Tiong Lai gagal melaksanakan tuntutan itu, pihaknya akan memulakan kempen ke atas pengundi-pengundi Islam di Bentong untuk tidak mengundi Tiong Lai pada PRU14.

“Jika Tiong Lai tidak melaksanakan tuntutan kami, maka kami berkempen di kawasan Parlimen Bentong untuk tidak mengundi beliau dan juga semua calon BN-MCA di Pahang.

“Maka, kami mengharapkan agar Tiong Lai menghormati kedudukan agama Islam dan juga sensitiviti umat Islam dan jika beliau menunjukkan sokongan kepada umat Islam, kami juga akan terus menyokongnya,” katanya lagi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!