X

Kindly register in order to view this article
!

PRU13: Hasan Ali belum buat keputusan

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
A
A

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali masih merahsiakan pendirian sama ada bersedia untuk bertanding pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) atau tidak “Memandangkan jangkaan pilihan raya  akan diadakan pada Februari (tahun) depan, sekarang masih banyak masa untuk menentukan sama ada saya bertanding atau tidak, di kawasan mana nak bertanding dan peluang yang ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Ditanya jika membuat keputusan bertanding, beliau akan memilih tiket parti mana, Hasan berkata, perkara itu bukan isu. “Tiket mana boleh saja, apa pun tak penting. Yang penting perjuangan meneruskan agenda iaitu memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat keahliannya oleh Pas kini aktif menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga (Jati) yang memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!