X

Kindly register in order to view this article
!

PRK Seri Setia: Dr Halimah perlu letak jawatan Lembaga PPAS

Dr Halimah Ali
A
A

KUALA LUMPUR - Calon Pas bagi PRK Seri Setia Dr Halimah Ali perlu meletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bagi membolehkan beliau terus bertanding PRK tersebut.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata perletakan jawatan itu perlu memandangkan PPAS merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang ditadbir PH.

“Saya baru tahu kedudukan (Dr Halimah) itu disebabkan saya baru dua bulan dalam pejabat dan baru ingin meneliti kedudukan-kedudukan ahli-ahli lembaga pengarah, termaksuk agensi dan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Mungkin dari masa ke semasa kita akan ambil tindakan kedudukan Dr Halimah tetapi bagi saya secara asas moral, dia kena letak jawatan,” katanya selepas menghadiri program Agenda Pencerahan Selangor di Universiti Malaya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penolong Setiausaha, Pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman yang mendakwa Dr Halimah tidak berintegriti kerana kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah PPAS walaupun menjadi calon PRK Seri Setia dan menentang kerajaan PH.

Kerusi Dun Seri Setia kosong susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat penyakit kanser usus. -Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus