X

Kindly register in order to view this article
!

PM bakal menghadap Sultan Terengganu

Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto: Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto: Bernama
A
A

LUNDU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

Najib pada masa yang sama meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.    

"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MB kena tarik gelaran: Ahmad Razif enggan ulas]

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata demikian ketika diminta mengulas isu itu selepas hadir dan memberi sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN Dun Tanjung Datu di sini hari ini bersempena penamaan calon Pilihan raya Sarawak ke-11.

Di KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno turut berharap isu membabitkan menteri besar itu dapat diselesaikan dengan baik.

Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan yakin Najib, selaku Presiden UMNO akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula berkata isu itu perlu diselesaikan dengan secepat mungkin demi kepentingan rakyat.

"Ia perlu diselesaikan dengan cara yang baik. Kalau politik negeri tidak stabil, ia akan menghalang agenda pembangunan negeri dan menjejaskan ekonomi negeri itu.

"Kita tunggu perdana menteri menghadap Sultan Terengganu dahulu...," katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!