PKR tetap jalin kerjasama DAP, Pas

Zuraida
A
A

SHAH ALAM – PKR tetap dengan pendirian untuk bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 dengan mengetepikan konflik yang timbul antara kedua-dua parti tersebut.

Ketua Wanita PKR Selangor,Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya yakin kerjasama itu mampu dilakukan selepas PKR berjaya menggabungkan Pas dan DAP untuk bersama-sama dengan kerajaan Selangor kini.

“Menerusi model yang diguna pakai itu, saya percaya model itu akan dikembangkan di peringkat negeri dan nasional.

“Saya yakin perkara itu mampu dilakukan, walaupun sebelum ini DAP dan Pas dihimpit pelbagai kontroversi,” katanya ketika diminta mengulas isu konflik DAP dan Pas yang akan merugikan PKR dan Pakatan Harapan pada PRU14 nanti. Menurutnya,konflik antara Pas dan DAP tidak perlu diperbesarkan.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, pihaknya menaruh harapan tinggi agar gabungan keempat- empat parti (PKR-DAPAmanah- Pas) akan berjaya menggulingkan Umno/BN.

“Saya akui perkara ini bukan mudah untuk satukan parti- parti ini, namun begitu kita semua akan melihat keutamaan kepada kerjasama ini iaitu untuk gulingkan Umno/BN.

“Kita akan pastikan parti gabungan ini akan lawan satu sama satu dengan wakil Umno/ BN,” katanya.


×