X

Kindly register in order to view this article
!

PKR serang, dakwa Najib bukan pengurus kewangan baik

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
A
A

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA - PKR menyerang balik dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang pengurus kewangan yang baik kerana telah menyumbang kepada hutang negara yang melonjak lima kali ganda berbanding ketika Kementerian Kewangan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa jumlah hutang yang digandakan Najib berjumlah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 berbanding RM103 bilion ketika akhir 1998. "Sepanjang tempoh Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. "Pencapaian ekonomi Najib tidak pernah sekalipun dapat mengatasi pencapaian Anwar dan tidak ada seorang menteri kewangan pun berjaya capai lebihan belanjawan seperti masa Anwar," katanya pada sidang media di sini, hari ini mengulas kenyataan Najib  yang dibangkitkan dalam ucapan dasarnya semalam.

Najib mendakwa Anwar bukan seorang pengurus ekonomi negara yang baik.

Najib menjadi Menteri Kewangan pada September 2008 manakala Anwar menjawat jawatan itu dari 1991 hingga 1998. Anwar dipecat dari jawatan kerajaan dan parti pada 1998. "Kegilaan berhutang dan berborosan ini berlaku tatkala Najib memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. "Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib," dakwanya Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin menambah, kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab serangan Najib terhadap Anwar mengenai keupayaan negara menguruskan ekonomi negara ketika beliau menganggotai kerajaan sehingga 1998.

"Sepanjang Anwar sebagai menteri kewangan dan berbanding bahawa rekod trek Najib, menunjukkan bahawa Anwar mendapat keputusan yang lebih baik untuk pertumbuhan ekonomi, mengurangkan defisit dan hutang, dan menggunakan dana dari Petronas.

"Anwar mengurangkan hutang negara, dengan perbelanjaan berhemat yang meningkat pendapatan atas perbelanjaan, tidak membebankan Petronas dan ekonomi berkembang antara sembilan peratus kepada 10 peratus, sedangkan Najib mengambil 10 kali lebih banyak wang daripada Petronas, menyebabkan hutang negara meningkat," katanya.

Dalam pada itu, Azmin turut menuduh Najib cuba menakut-nakutkan pengundi terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan mengatakan negara akan muflis jika ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa rakyat lebih bijak membuat pilihan seperti yang telah dilakukan pada 2008. "Angka bercakap untuk dirinya sendiri," katanya. Semalam, dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata,  Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PR bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

"...terbukti, menteri kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata Najib.

Katanya, tindakan Anwar ketika itu, memotong perbelanjaan pembangunan dan menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun kerana mengguna pakai dasar maya Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karibnya, mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat, khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, beza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

 

BERIKUT KENYATAAN PENUH AZMIN ALI

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PENTADBIRAN EKONOMI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM: RAKYAT ARIF MEMBEZAKAN ANGKA EKONOMI

Serangan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika Umno tidak diberikan kuasa untuk memerintah.

Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih PKR dan dan rakan-rakan Pas dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik Umno-BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden Umno.

Cara terbaik menilai keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

% pertumbuhan[2]

8.8

9.9

9.2

9.8

10.0

7.3

 

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]

Tahun

2009

2010

2011

% pertumbuhan[4]

(1.5)

7.2

5.1

Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tatkala Datuk Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9 hingga 10 peratus dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9 hingga 10 peratus semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap sekitar 4 hingga 5 peratus sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin tinggi.

Rekod ekonomi Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan Umno mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah sedangkan hasil tidak bertambah.

Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.

Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Lebihan/Defisit (%)

(0.8)

0.2

2.3

0.8

0.7

2.4

Jumlah hutang negara (RM b)

97

96

93

91

90

89

 

Tahun

1998

1999

2000

2001

2002

2003

Lebihan/Defisit (%)

(1.8)

(3.2)

(5.5)

(5.2)

(5.3)

(5.0)

Jumlah hutang negara (RM b)

103

112

126

146

165

189

 

 

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

2008

2009

Lebihan/Defisit (%)

(4.1)

(3.4)

(3.2)

(3.1)

(4.6)

(6.7)

Jumlah hutang negara (RM b)

217

229

242

267

306

362

 

Tahun

2010

2011

Lebihan/Defisit (%)

(5.4)

(4.8)

Jumlah hutang negara (RM b)

407

456

 

Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kini mencecah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK.

Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Datuk Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:

 

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Dividen PETRONAS (RM b)

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

Dividen PETRONAS (RM b)

 

9.1

 

11.0

 

18.0

 

24.0

 


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus