X

Kindly register in order to view this article
!

Penyertaan Husam dalam Amanah tak jejas Pas

Ahmad Yakob
A
A

KOTA BHARU - Penyertaan bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa dalam Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menjejaskan Pas, kata Timbalan Mursyidul Am Pa Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

"Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, hari ini.

Husam, yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keahliannya dalam Pas April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama Pas-Umno.  

Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah adalah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada Pas sebelum ini. – Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus