X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas nafi arah ahli undi calon BN

Surat palsu yang menjadi viral.
A
A

PERMATANG PAUH - Kempen PRK Permatang Pauh yang masuk hari terakhir, hari ini dicemari dengan penyebaran surat yang mengarahkan ahli Pas wajib mengundi calon BN, Suhaimi Shabudin. Surat yang didakwa dikeluarkan dan ditandatangani oleh Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mad Piah itu bagaimanapun dinafikan beliau sendiri. "Palsu," demikian katanya secara ringkas kepada Sinar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebentar tadi. Penyebaran surat palsu itu, hari ini mengarahkan semua ahli Pas di Permatang Pauh mengundi calon BN itu dengan alasan calon dari PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan PKR menolak hudud yang dibawa Pas. Selain itu, usaha sabotaj itu dipercayai berpunca daripada tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang berdiam diri daripada menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus