X

Kindly register in order to view this article
!

Pecat JKKK: Itu hak kerajaan negeri

Hanipa Maidin
Hanipa Maidin
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang memecat Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada Pas adalah hak kerajaan negeri, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Mohd Rashid Hasnon yang mengatakan JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh Pas ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan Pulau Pinang kini yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.

‎"Kita tidak boleh hendak buat apalah, kerajaan negeri berhak untuk  mengantikan mana-mana orang yang dipecat sebab Pakatan Rakyat sudah tiada lagi, kerajaan Pulau Pinang umum kini menerajui kerajaan Pakatan Harapan.

"Dalam Pakatan Harapan ini Pas tiada, oleh itu  macam mana Pas hendak berada dalam itu, saya rasa ia lebih kepada soal polisi kerajaan negeri itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Isu JKKK: Kerajaan Pakatan Harapan berbohong ]

Terdahulu, Mohd Rashid berkata jawatan ahli Pas yang memegang jawatan dalam JKKK di Pulau Pinang akan digantikan dengan ahli dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam pada itu ketika ditanya adakah boleh Pas mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tindakan itu, Hanipa berkata itu terpulang kepada Pas.

‎"Saya rasa Pas boleh ambil tindakan tetapi saya tidak nampak merit untuk Pas berbuat demikian  ini soal dipecat, jawatan itu ada prasyarat pihak majikan ada hak untuk memberhentikan mereka‎," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!