X

Kindly register in order to view this article
!

Pas, Umno perlu bersama demi orang Melayu

Umno-Pas
A
A

SHAH ALAM - Pas dan Umno perlu ketepikan perbezaan dan cari persamaan untuk bekerja bersama di masa hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, ia perlu dilakukan demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya lagi, sepatutnya, kerjasama itu bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah turut disuakan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga PKR.

“Sekiranya semua pihak ikhlas demi kepentingan Islam dan Melayu, mereka perlu berbuat demikian.

“Umat Islam perlu mencari jalan penyatuan, bahkan ajak sekali mereka yang ada dalam PKR dan Amanah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Bagaimanapun katanya lagi, kerjasama tersebut perlulah disertai dengan perjanjian persefahaman bagi mengelakkan sebarang perselisihan di kemudian hari.

“Sekiranya penggabungan ini berlaku atas dasar penyatuan ummah dan tiada niat tersirat, ia pastinya suatu perkara yang dialu-alukan,” ujarnya lagi.

 


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!