X

Kindly register in order to view this article
!

Raja Bahrin
A
A

KUALA TERENGGANU - Pas disifatkan telah jauh berubah berbanding dahulu kerana dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan parti kerajaan.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, realiti itulah yang menyebabkan pihaknya mengambil bahagian bagi memberi alternatif lain kepada rakyat.

Beliau turut menyifatkan perubahan berlaku pada Pas itu semakin hari semakin jelas termasuklah dalam Muktamar Tahunan Pas di Kota Bharu baru-baru ini.

"Dalam muktamar tersebut, acara yang dibuat Pas dilihat lebih kepada sikap nasionalisme dan terarah kepada doktrin Umno, dari segi pakaian dan juga iringan muzik serunai.

"Dahulu kata serunai tidak boleh digunakan. Anak-anak muda terkejut, macam mana pula serunai boleh didengarkan.

"Ini menunjukkan sikap Pas dahulu lain, sekarang lain," katanya di sini.

Beliau juga turut mempersoalkan sikap Pas yang dilihat tidak bersungguh-sungguh mengambil peluang terhadap isu kepimpinan melanda kerajaan negeri sebelum ini.

Jelasnya, berhubung undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, yang dibuat Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Pas dilihat tidak mengambil peranan.

"Orang Terengganu sendiri faham khususnya berhubung undi tidak percaya sebelum ini. Peluang keemasan diberi oleh Datuk Seri Ahmad Said tetapi ditolak Pas," katanya.

Dalam masa sama, beliau memberitahu bahawa penyertaan Amanah dalam PRN Sarawak dan dua PRK yang bakal berlangsung 18 Jun ini menggambarkan kesungguhan Amanah menyertai politik negara.

Jelasnya, walaupun Amanah sebagai parti baharu mendapat tentangan sengit di kerusi yang ditandinginya, ia sekurang-kurangnya boleh menyedarkan ramai pihak terhadap komitmen Amanah dalam memberi pilihan kepada rakyat.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!