X

Kindly register in order to view this article
!

Pas keluar arahan kedua kerah ahli ke himpunan ICERD

Takiyuddin Hassan
A
A

KUALA LUMPUR - Pas mengeluarkan surat arahan kedua kepada semua ahli dan penyokongnya agar turun ke Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD pada 8 Disember ini.

Surat itu ditandatangani Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan selepas surat arahan pertama dikeluarkan pada 23 November lalu.

“Sukacita sekali lagi dengan penuh kesedaran dan iltizam, Pas Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli-ahli dan penyokong Pas untuk turun ke program Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD.

“Justeru itu semua pimpinan dan ahli-ahli Pas negeri, Wilayah Persekutuan, kawasan, cawangan dan dewan-dewan (semua peringkat) dirah dan dikerah untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri himpunan tersebut. Di samping menyeru, mengajak dan membawa semaksima mungkin S para penyokong Pas ke program ini sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu ini,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan]

Menurut Takiyuddin, antara objektif himpunan itu ialah mensyukuri pendirian kerajaan Malaysia (secara sementara) menangguhkan ratifikasi ICERD.

Ia juga bagi menggesa kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD dan sebarang konvensyen yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan negara.

Objektif lain ialah bantahan berterusan sebarang rancangan dan cubaan ratifikasi ICERD dan sebarang ancaman terhadap agama Islam, institusi raja-raja, bangsa Melayu serta bumipuetra Sabah/Sarawak dan Bahasa Melayu sebagaimana dijamin Perlembagaan (Perkara 153).

Surat itu turut memaklumkan tarikh, tempat dan masa himpunan tidak berubah iaitu di Dataran Merdeka dari jam 1 tengahari hingga 6 petang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan dah batal ICERD, tak perlu lagi berhimpun]  


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!