X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Dzulkefly Ahmad
A
A

KUALA SELANGOR - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan, isu mengizinkan atau mengharamkan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain, khasnya agama samawiyyat (langit) seperti Kristian dan Yahudi sekali lagi menjadi polemik besar yang boleh sahaja meledakkan negara ini. Menurutnya, Pas bertegas menyatakan pendiriannya sekali gus membuktikan bahawa bukan sokongan politik atau undi yang diburu, tetapi berusaha matlamat meletakkan Islam yang syamil-mutakamil dan kedudukan ALLAH sebagai Rabbul ‘Alamiin -Tuhan Seru Semesta Alam dalam jajaran perjuangannya sekali gus mendaulatkan Islam yang bakal menaungi semua. “Merujuk kepada masdar utama Syariah Islam yakni al-Quran, ayat secara dalil yang jelas menerangkan kedudukan perkara ini seperti dalam surah Az-Zumar: 3, Luqman: 25 dan yang paling jelas, pengakuan Allah sendiri bahawa namanya ditasbihkan dalam tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani selain masjid di dalam surah Hajj ayat 40. “Adapun setelah diharuskan penggunaan kalimah itu, adalah mustahak dan penting untuk memastikan keharusan itu tidak disalahgunakan sama ada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa atau tujuan mendi’ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri umat Islam di negara ini. “Maka barulah betul (sahih) kita merujuk kemudiannya kepada kepada Qawaid Fiqqiyah setelah merujuk kepada al-Quran (cara mencari dalil atau beristidlal yang betul dalam Islam) dan tidak sebaliknya, yakni tiba-tiba haram kerana Qaedah ‘as-Sadda az-Zari’ah’ atau perhitungan menutup pintu kemudaratan, sebelum kita meneliti wujudnya Nas atau Nusus secara jelas mengenai perkara atau maudhu tersebut dalam al-Quran itu sendiri," katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!