X

Kindly register in order to view this article
!

Pas berdepan cabaran dari Islam dan bukan Islam

Sebahagian perwakilan dan pemerhati yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Kali Ke-55 sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-62 di sini. Foto: JAZALY AMRY JAAFAR
A
A

PASIR PUTEH - Pas bukan sahaja berdepan penentangan orang bukan Islam dalam menegakkan hukum Islam malah turut menghadapi cabaran besar apabila orang Islam sendiri turut menentangnya.

Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahnood berkata, cabaran makin meruncing apabila orang Islam yang kononnya menyokong hukum ALLAH memandang sinis usaha tersebut.

Katanya, bagi menghadapi situasi berkenaan, ahli Pas khususnya golongan ulama mesti berpolitik secara matang serta bijaksana dalam menyampaikan mesej Islam.

"Kita mesti matang dalam menerangkan kehebatan Islam, bijaksana dalam menyampaikan mesej kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat Kali Ke-55 di Sweet Beach Resort , Tok Bali, dekat sini, malam ini.

Hassan berkata, muktamar kali ini penting kerana Pas berdepan dua Pilihan Raya Kecil iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kita berpeluang membincangkan strategi dalam menghadapi dua pilihan raya ini dan Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Menurutnya, ulama Pas juga perlu memahami Akta 355 dan bersedia untuk turun padang menerangkannya kepada orang ramai," katanya.  


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus