X

Kindly register in order to view this article
!

Parti baharu: Pas tak tergugat di Sabah

Mohd Zuhdi Marzuki
Mohd Zuhdi Marzuki
A
A

SHAH ALAM - Kehadiran parti baharu yang bakal dinaungi bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah tidak akan beri kesan kepada Pas.

Ini kerana menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pas sudah bertapak kukuh di negeri itu sejak lama dahulu.

Katanya lagi, peningkatan sokongan penduduk Sabah terhadap parti Islam itu juga membuatkan Pas tidak goyah berhadapan dengan kehadiran parti Mohd Shafie.

“Pada pandangan saya, kehadiran parti baru ini tidak akan menjejaskan penguasaan Pas di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Parti Shafie, Muhyiddin bakal kerjasama?]

“Kita sudah bertapak lama di sana dan Pas juga semakin ke hadapan secara konsisten dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mohd Shafie sebelum ini mengumumkan mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, setakat ini, Pas tidak membincangkan sebarang strategi sebagai persiapan untuk berhadapan dengan parti itu.

“Setakat ini, kita tidak nampak kehadiran parti Mohd Shafie sebagai ancaman kepada Pas.

“Yang kita nampak adalah Sabah merupakan fix deposit kepada BN. Bukan mudah untuk tewaskan BN di Sabah kerana sokongan rakyat di negeri itu agak kuat buat BN,” katanya lagi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!