X

Kindly register in order to view this article
!

Naib Presiden Umno sokong idea ulama jadi sayap parti

Ahmad Zahid Hamidi
A
A

SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Umno menyokong cadangan supaya diwujudkan pergerakan bagi golongan ulama sebagai salah satu sayap dalam parti itu. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea itu akan diberi pertimbangan serius kerana Umno sebagai parti yang mewakili umat Islam negara ini sememangnya sentiasa mementingkan peranan golongan ulama dalam perjuangannya. "Saya percaya, jika cadangan ini direalisasikan, ia sekali gus akan dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh Umno meminggirkan Islam," katanya. Ahmad Zahid berkata, meskipun selama ini Umno tidak pernah meminggirkan golongan ulama namun kedudukan itu akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pendokong Islam terhadap parti itu, terutama dalam perbandingan dengan Pas. "Kita memang amat perlukan peranan ulama," katanya. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, golongan ulama sememangnya amat penting dalam perjuangan Umno.   "Saya sokong cadangan itu," katanya. Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diberi pertimbangan terutama oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus