X

Kindly register in order to view this article
!

Muktamar Pas segak dengan busana ala pahlawan Melayu

Muktamar Pemuda Pas ke-57 yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini. – Foto Fauzi Yunus
A
A

KOTA BHARU - Muktamar Pemuda Pas ke-57 yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini membawa kelainan apabila tetamu kehormatnya tampil dengan busana ala-ala pahlawan Melayu.

Ini termasuk perasmiannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden parti.

Beliau akui pakaian itu suatu kelainan apabila perlu memakai songket lengkap dengan tanjak dan samping.

"Ini pertama kali saya datang merasmikan Muktamar Pemuda Pas tiba-tiba kena pakai begini.

"Idea bagus tapi jangan pakai tiap-tiap hari," guraunya yang disambut gelak tawa dari para perwakilan dan pemerhati.

Selain beliau, Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz; Timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi serta Naibnya, Ir Khairil Nizam Khirudin turut lengkap berbusana ala-ala pahlawan Melayu.

Upacara perasmian dilengkapkan dengan  persembahan gimik pukulan gong oleh keempat-empat dif kehormat berkenaan.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus