X

Kindly register in order to view this article
!

Mukhriz dijangka beri respons malam ini

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
A
A

SHAH ALAM - Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijangka akan mengeluarkan kenyataan malam ini berhubung dakwaan gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah dan menguruskan parti, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar.

Mohd Fisol sekadar mengesahkan, satu sidang media secara teratur akan diadakan dalam masa terdekat dan media diminta menunggu maklum balas daripada pejabat Menteri Besar. Sebelum itu, pada sebelah petang serentak dengan pengumuman sidang media tergempar Umno Kedah, Mukhriz hadir pada satu program di Kampung Berjaya. Namun dilihat bergegas meninggalkan majlis tersebut selepas dimaklumkan mengenai sidang media khas Umno Kedah, yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan beliau. Difahamkan Mukhriz kembali ke pejabatnya di Wisma Darul Aman dan mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan beliau berhubung isu sama.

Petang tadi,  satu sidang media oleh hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah diadakan bagi menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz]

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah mengumumkan demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir kesemua Adun dan ahli Parlimen Kedah.

Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita Umno negeri.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!