X

Kindly register in order to view this article
!

Khalid Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipecat daripada PKR. Abdul Khalid menafikan beliau  menerima surat pemecatan daripada PKR sebaliknya menyatakan sehingga kini beliau masih sah menjadi ahli PKR. "Sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa surat berkaitan perkara itu (pemecatan). "Jadi saya tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan mengenai kes saman rampasan tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Khalid berkata, beliau bersedia disemak dan dihakimi pihak tertentu sekiranya menjalankan pentadbiran secara tidak betul. "Saya bersedia dihakimi atau disemak, kita percaya pada ketelusan dan kebertanftanggungjawaban," katanya. Kelmarin beberapa sumber mengatakan Abdul Khalid dipecat PKR serta merta kerana masih enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Tindakan itu dibuat PKR bagi membolehkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjawat jawatan itu.‬


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus