Mat Taib: Saya tak pernah kecewa dengan Umno

A
A

SHAH ALAM - Menafikan hasratnya menyertai Pas kerana didorong perasaan kecewa, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, hajatnya untuk menyertai Pas sudah lama wujud. "Tidak betul itu," jawab beliau dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

"Saya sudah jumpa Datuk (Seri) Hadi (Awang) setahun lepas di rumah Datuk dengan Mohamad Sabu, dua-dua sekali. (Mereka kata) masuklah-masuklah (Pas)," jelas Muhammad lagi. Namun ujarnya, beliau mengambil masa yang agak lama untuk memutuskan menyertai Pas kerana mahu menambahkan ilmunya dahulu. "Saya kata nanti dulu, saya pun tak cukup ilmu saya lagi. "Jadi saya fikir, semua (Pas, Umno dan PKR) bergabung tapi mesti menggunakan lambang Islam. Kita mati nanti,  kita ditanya balik, anda pasti dengan apa yang anda perjuangkan? Saya amat pasti dengan apa yang saya perjuangkan sekarang," kataya. Muhammad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Taib menambah, kini beliau yakin perjuangannya pada hari ini adalah perjuangan yang sebenar-benarnya demi agama, bangsa dan negara.  "Saya bukan hendak jawatan, saya tak mahu jawatan. Saya tak mahu bertanding sebab itu kita umumkan dua hari selepas penamaan calon," ujar beliau. * Dapatkan laporan lanjut dalam Sinar Harian edisi cetak


×