Mat Sabu: Mereka keluar nak pergi solat

Mohamad Sabu
A
A

KOTA TINGGI - [VIDEO] Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan segelintir perwakilan Pemuda yang bertindak keluar ketika beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda Pas sebagai perkara biasa. Mengulas perkara itu selepas selesai perasmian Muktamar Pemuda, Mohamad menolak tindakan itu sebagai satu protes, malah katanya, keluar masuk perwakilan ketika berucap itu perkara biasa. "Mungkin mereka keluar pergi sembahyang dan sebagainya. Lagipun sudah masuk waktu Asar, yang mahu solat akan keluar sembahyang," katanya


×