X

Kindly register in order to view this article
!

Kritikan Husam terhadap Hadi terkesan pada Pas

A
A

KOTA BHARU - Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam‎ Musa membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak wajar kerana ia memberi kesan kepada parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Husam sepatutnya‎ menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.   

"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. ‎Kita selalu sebut kita ada saluran.

"Tok Guru (Allahyarham Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah

sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga‎ di kedai kopi," katanya.    

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Kelantan di Taman Transit Panji di sini,‎ hari ini.

Mohd Amar mengulas dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan‎ perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai ‎Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam Jumaat lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Husam agar parti menggantikan presiden sedia ada, Mohd Amar berkata ia bukan jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda Pas. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!