X

Kindly register in order to view this article
!

Kit Siang hanya ada masa hingga 11.30 pagi ini

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang bakal berdepan penggantungan enam bulan daripada menghadiri Dewan Rakyat sekiranya tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan terhadap ‎Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sehingga jam 11.30 pagi ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian selain berkata, ‎notis penggantungan ahli Parlimen DAP itu merupakan usul pertama yang akan didebatkan dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini. "Pertama sekali, kita perlu memahami prosedur Parlimen sebagai ahli, kami dijangkakan berada di Dewan, di sekitarnya. "Sebagai ahli Parlimen yang berpengalaman, sudah tentu dengan teknologi yang ada, ada banyak cara untuk berkomunikasi. Saya percaya pada hari kedua apabila Speaker menyebut dan membangkitkan perkara ini, ia jelas bahawa Speaker memaklumkan kepada ahli pembangkang untuk (Ahli Parlimen) Gelang Patah menarik diri. Kemudian pada semalam (hari ketiga) apa yang memeranjatkan, dia hadir.. dan saya percaya usul itu ada di atas meja pada jam 3.45 petang," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat pada awal pagi ini. Katanya, jika Kit Siang benar-benar ingin meminta maaf, dia akan berbuat demikian sejak awal lagi. "Hari ini sangat jelas, usil dibentangkan. Notis sudah ada di atas meja. Sehingga dan melainkan saya berbuat demikian (bangun untuk membangkitkan isu), (Ahli Parlimen) Gelang Patah masih berpeluang untuk bertindak balas," katanya lagi. Kit Siang bakal berdepan hukuman gantung sidang Dewan itu selepas dianggap tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung tuduhannya terhadap Speaker. [ARTIKEL BERKAITAN: Usul Kit Siang dibuat esok] Menurut Azalina lagi, sekiranya Kit Siang memilih untuk mempertahankan diri, Speaker mempunyai pilihan untuk menerima atau sebaliknya. "Jika dia tidak menerimanya atau (Ahli Parlimen) Gelang Patah tiada dalam Dewan, saya akan bangun dan bacakan usul. Itu adalah prosedur," tegasnya lagi.‎


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!